Tuesday, August 31, 2010

Malaysia, where my heart is...

Salam semua,

Apa khabar? Lama kita tak berjumpa ni...Macamana ibadah puasa kita yang sedang meniti 10 malam terakhir ni? Adakah kita masih sibuk bekerja atau sanggupkah kita ketepikan kerja demi ibadah puasa yang setahun sekali datang ini? Barulah pengertian "Beribadahlah sebanyak mungkin seolah-olah ini merupakan Ramadhan terakhir buat kita" benar-benar menusuk jiwa. Jika direnung kembali, memang rugi jika kita meninggalkannya begitu sahaja (sambil mengingatkan diri sendiri sebenarnya). Memang Ramadan tahun lepas merupakan Ramadan arwah mak yang terakhir, biarpun perit dan sayu menjalaninya tahun ini tanpa mak, kami sekeluarga cuba sedaya upaya melaluinya...namun Hari Raya yang bakal tiba nanti mungkin mengundang rasa Rindu yang teramat sangat...

Malam ini merupakan malam yang sangat istimewa, selain kita semua mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t, malam ini juga merupakan Malam Merdeka yang mana ianya juga mengundang rasa pilu, sayu dan juga bangga bila terkenangkan bagaimana pemimipin kita dulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Dengan rasa rendah diri, we would like to salute and thank our Heroes for what they have done for us. Without their courage and determination, I don't think we could've achieved what we have now.

Tugu Peringatan Negara, MalaysiaTugu Peringatan Negara, MalaysiaTugu Peringatan Negara, MalaysiaTugu Peringatan Negara, MalaysiaTugu Peringatan Negara, MalaysiaTugu Peringatan Negara, Malaysia
1Malaysia? My humble opinion, I don't really know what exactly the definition is, because I was born with it. I was raised to be friend with everyone, I never acknowledged my friends as budak Cina or budak India. I like to refer them as friends. I thought Malaysia is the only One in this world, where we live in multiracial society and accepting our differences. I don't know why we need to say 1Malaysia when we are already as One.

Tugu Peringatan Negara, Malaysia
To think of it, maybe the new generation never experienced what 1Malaysia is. I guess to remind or to recall what Malaysia means, our beloved Prime Minister has to come out with 1Malaysia. For me, whether it is Malaysia or 1Malaysia, we must ready to carry out our responsibilites as Malaysian where we respect each other, keep our country clean, stop vandalisme and last but not least, Do Not "Betray" Our Own Country!

Tugu Peringatan Negara, Malaysia
To all Malaysians, Selamat Hari Merdeka yang ke 53! 1Malaysia Menjana Transformasi.
*(Btw, Keranamu... is still my all-time favourite tagline).

Sunday, August 8, 2010

Keep it Green... Our Way!

Hmmmmm, tak sabar rasanye nak cerita pasal Garage Sale ni. Walaupun hari ni hari Ahad, dan bakal menempuh bulan puasa namun sambutan yang diberikan tadi pagi cukup memuaskan. Actually kat Putrajaya pun ada buat "Hari Kitar Semula"..rasanye, kitaorang pun seiring la dengan acara tu...

Cuma yang agak sedihnya, kalau kat Malaysia secara keseluruhan pasal recycle ni...kerajaan terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk laksanakan kempen macam ni. Padahal kita sendiri boleh buat walaupun tak sebesar mana, impaknya akan jadi besar jugak. Misalnya baru2 ni, ada jiran kami nak buang TV 29 inci, kitaorang pun apalagi angkut masuk dalam rumah, tak sampai seminggu dah ada orang beli. Sekurang-kurangnya kat tempat pelupusan sampah dah kurang satu TV untuk dilupuskan. Orang yang beli tu dapat jimatkan duit dari beli TV baru dan kitaorang pulak dapatlah habuannya..He..he..Kan win win situation tu namanye...

Our 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ Putrajaya
Our 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ PutrajayaOur 2nd Garage Sale @ Putrajaya
Cuba bayangkan kalau satu Malaysia buat macam tu, mungkin takde la orang terpaksa duduk kat tempat pelupusan sampah..Kesian kan...Lagi satu yang kitaorang perasan la...sebenarnya tak ramai lagi orang Malaysia yang appreciate pre-owned stuff. Maybe takde class kot atau memang tak minat langsung. Bukan apa, kalau barang2 yang masih elok dibuang macam tu sayang rasanya, sebab ramai diantara kita yang nak atau teringin nak barang2 macam tu.

Tapi tak apalah, lama2 nanti pemikiran sesetengah daripada kita akan berubah jugak. Walau macamanapun kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong dan datang pagi tadi. Siapalah kami tanpa anda semua..Peh! Macam artis la pulak!

Kepada semua kaum keluarga, rakan2, pembaca blog kami yang beragama Islam, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah...

Friday, August 6, 2010

Mengapa Sepi Tanpa Berita...?

Salam semua,

Lamaaaaaaaaaaanye kami tak bercerita, bukan melarikan diri atau apa, tapi ada beberapa perkara yang kena diselesaikan dulu (macam cari alasan je...he..he..). Mungkin disebabkan dah nak masuk bulan puasa diikuti bulan raya dan jugak bulan kenduri kahwin, so i take this opportunity to story a bit la..what have we've done lately..

Ingat tak Faizal tulis tentang van "A-Team" dia? It is a dream come true for his Juara to be a Star!. Ini semua gara-gara this production company scouted our Juara, and made it "acting" in one of Hari Raya shows. So, i guess "Dream is Possible" even just for a car. Lagipun Anna memang suka giler cerita "Cars", selalu imagine Cars do have feelings...actually.

The classic A-Team vanThe classic A-Team vanMy Juara The Star...My Juara The Star...My Juara The Star...
Aha..dan satu lagi upcoming event before puasa, this Sunday 08.08.10 kitaorang buat sekali lagi "Garage Sale". Kalau ada sesiapa yang terlepas hari tu, bolehlah cuba2 datang this time.

InsyaAllah, this coming October we'll be going to......surprise! Takleh bagitau lagi, tunggu! Walau apa-apa pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Stay Happy, Stay Healthy!

Jumpa lagi.