Hello...Hello...
Pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa lepas tu bulan raya lepas tu tahun baru. Hmm...apa la agaknya kita semua dah buat sepanjang separuh tahun ni? Tak kisah lah apa pun...Janji sesiapa yang kaki jalan teruskan, yang kaki makan...teruskan...tapi pandai-pandai lah control..kan?
Anyway, masa Faizal sibuk membanting tulang masa Garage Sale kat Shah Alam tu, saya dan rakan-rakan perempuan saya bersuka-ria di Ho Chi Minh City..He..he..Sorry Sayang, this time you kena tinggal! Bukan apa, saje jer nak "bershopping sakan" dengan kawan2. Walaupun trip tak lama, tapi shopping bagai nak rak lah...sampai beberapa minit nak ke Airport pun sempat lah tempah baju kat sana...
Kami ke sana pagi Sabtu dengan AirAsia(masa ni tiket AirAsia dan MAS sama harga, boleh?). Sampai jer di sana, kami naik teksi yang hanya USD8 untuk lima orang. Ok kan? Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa lebih kurang 45minit. Punya lah macet bak kata orang Indonesia...dengan kepadatan penduduk seramai 15juta yang hanya di HCMC ni sahaja. Boleh bayangkan? Bagi sesiapa yang dah biasa ke sini, tak de hal lah!
Hotel Boss 2 (USD33per night incl. bfast) yang kami menginap tu tak jauh dari pasar Ben Thanh yang tersangatlah popular di kalangan orang Melayu kita ni...Dari kain ela, baju kurung yang dah siap, telekung, handbag semuanya ada kat sini...Hmm..tempat ni boleh jadi saingan sengit Jalan Tuanku Abdul Rahman...Harga? Tak boleh cerita lebih-lebih, takut pulak kacau periuk nasi orang berniaga...He..he..memang murah. Berbaloi-baloi!
Malam tu sempat jugak kami ke Hard Rock Cafe, macam biasa Ana kan sibuk dengan membeli pinnya...Tapi tak banyak pulak pilihan...
Keesokkannya selepas morning shopping, kami pun chartered satu teksi ke Chu Chi Tunnel, untuk melawat kawasan peninggalan sejarah perang. Untuk ke situ, kalau tiada pakej macam kami, bolehlah ambik teksi (Vinasun atau Malinh)untuk kesana..lebih kurang USD50-USD60 return untuk teksi 7orang. Perjalanan memakan masa 2jam, pusing2 dalam tu lebih kurang 2jam jugak...so separuh hari boleh habis lah kalau ke sini..Kalau tak datang sini, rugi tau...sebabnya bukan selalu boleh jenguk bawah tanah! He..he..
Sampai je kami ke hotel, sambung balik shopping..memang lupa diri betul diaorang nie...Kat sini untuk mendapatkan makanan halal taklah susah sangat cuma agak pricey sikit...Tempat makan yang kami kunjungi sepanjang di sini, VN Halal, Lion City Restaurant & Kedai Samsuddin(ini agak jauh dari hotel). Kalau ke sini, harus cuba kopi ais Vietnam memang KAWWWWWW! Memandangkan sebelah hotel kami ada spa, sebelum mengakhiri malam kedua kami, sempat jugaklah memanjakan diri...
Esoknya, macam biasa sambung lagi shopping dan mengambil tempahan baju2 kami. Kat sini kalau nak tempah baju sehari dah boleh siap. Kebetulan semasa kami disana, sepupu Ana sempat jugak bawa kami ke Pasar An Dong, kat sini barang makanan kering lagi murah...Tapi di sini lebih untuk "traders"...Rasa-rasa dah boleh bayang tak HCMC ni?
Secara kesimpulannya;kat sini shopping murah, hotel affordable, spa ok ok...Transport pun tak mahal sangat cuma tips: Kalau shopping kena pandai bargain especially kat pasar malam, silap2 70% diskaun pun dapat...Masalah kat sini: Komunikasi, payah betul nak bercakap; tapi kalau nak kemana-mana tunjuk address baru diaorang tau nak bawa kita kemana...
Rasanya kena pergi lagi ni, next time bawak Faizal dan more to sightseeing like we used to...
Sorry gambar tak banyak; tak bawak kamera sebab nak fokus shopping la kata kan...he..he..Gambar-gambar courtesy of my friends. Thank you, Girls!