As i promised before, I'll reveal our trip on this post. Yeap, tomorrow... me, Faizal and my dad will be flying to London. For the next 18days we'll be going to various places including Derby, Luton, Liverpool and ...( this one is a very special place which soon I'll give you guys a clue).
This time around, we chose Qatar Airways because of its cheap flight and to try different airline. Eventhough we are excited to go but deep down in our hearts we're still missing one person who're always be there to see us pack our bags.
For my dad, this is his first time packing without my mom, I know it's quite tough for him but seeing him fighting is even tougher. Life goes on for all of us here and I'm very grateful to have a very understanding husband whom is always be my shoulder to cry on. For you, B... I am madly deeply in love with you! And again Happy 37th Birthday! And also Happy Birthday to my lovely niece & nephew, Nur Zarrah and Sayfullah who're celebrating together with their Pak Cak.
*Here's the clue for our special destination.
*As usual I'll post the budget details when we come back. Trying to update our trip on facebook as well...
Pejam celik pejam celik tau-tau dah masuk 14 Syawal kita berhari raya. Ketiadaan mak sedikit sebanyak membuatkan sambutan hari raya tahun ini agak berbeza buat kami.Segala persiapan dari mengemas dan menghias rumah serta penyediaan kuah kacang, ketupat palas, lontong, rendang, kini digalas oleh kami sepenuhnya. Tiada lagi seorang insan yg dipanggil mak untuk memberi komen. We miss you so much mak… Al-Fatihah.
Tahun ini juga kami menyambut hari raya di kampung halaman arwah mak iaitu di Kg Pulau Pisang, Malim Nawar, Perak. Disini kami mengadakan majlis sambutan hari raya dan tahlil bersama seluruh ahli keluarga arwah mak. Kami rasa begitu seronok dan teruja kerana sudah agak lama, keluarga besar ini tidak berkumpul seperti ini. Lagipun Faizal kata dah lama dia tak beraya dalam suasana kampung sebegini. Bestnya…!!!
Oh ya, remember on our last post pasal Faizal punya van jadi star. The day has finally come as the telemovie is shown on Astro this raya. You guys can see the van in action on "Odisi MJ Raya Lagi"… actually kitaorang pun tak tengok lagi, tengah tunggu Astro rerun. Hehehe...
What's on our next plan? Yep! after 3 month arwah mak passed away, we've been busy adapting our new routine, gainning back our strengh and confidence. It's not as easy as it may seen but InsyaAllah, we'll be back again one step at a time. (*Currently sketching the list...)
*Last but not least...Selamat Hari Raya to all our family, friends and most importantly our blog readers/followers and Flickr contacts.
By the way... Happy "Belated" Birthday to my lovely wife Anna. Muahhh...!!!
Masa zaman sekolah dulu, tak sah rasanya kalau tak jamming lagu-lagu dari kumpulan Wings atau Search. Kedua-dua band ini memang menjadi idola buat peminat muzik rock tanahair yang membesar sekitar tahun 80an dan 90an. Dari gaya nyanyian hinggalah ke penampilan mereka pun menjadi ikutan Faizal dan rakan-rakan. Kelakar pulak rasanya bila diingat balik…hehehe!
So, bila diumumkan Konsert Double Trouble akan kembali bergabung pada 1 Mei 2010, tanpa berlengah lagi Faizal menandakan tarikh ini dan membuat tempahan tiket (RM70) di premis terdekat. Teruja beb!! Lagipun sudah agak lama artis-artis Malaysia yang berkualiti seperti ini diketepikan bila mereka ingin mengadakan konsert pada skala yang besar.
Ada juga yang mempertikaikan harga tiket konsert ini agak mahal. But to me, if you’re really a true music fan and appreciate the music legends who have fought more than 21 years in this music business and still survive, RM70 itu hanyalah satu jumlah yang kecil.
On the concert day, Faizal together with his brother in law and friends went out as early as 5pm to the venue. It was raining heavily along the way. Nasib baik concert ini Indoor. We thought we were the earliest to arrive at the venue but as we were getting closer, the traffic was already congested. Lautan peminat kedua-dua band ini sudahpun membanjiri sekitar kawasan konsert yang turut menjual official merchandise, makanan dan juga minuman. (Sempat jugalah sambar “burger stadium” buat alas perut..hehe!)
Wow! Biarpun setelah berbelas tahun sejak konsert pertama diadakan, melihat pada kekuatan peminat yang datang memberikan sokongan tiba-tiba membuatkan Faizal terharu. (macam dia pulak band member..!). Actually, few days before the concert Faizal bought a copy of Double Trouble cd and the staff ask him if he’s going to the concert. He said “Of Course!” but the staff has doubt. Can Awie sings like he used to in the 1993 concert?
Tepat jam 8.50malam, lampu-lampu mula dipadamkan dan tumpuan peminat terus tertuju ke pentas utama dimana ahli-ahli kumpulan Search dan Wings mengambil posisi masing-masing dan memainkan lagu pertama mereka “Gemuruh”. Awie yang memulakan rangkap pertama lagu ini benar-benar memukau peminat dengan suara lemaknya, Begitu juga pada keseluruhan konsert, vokal Awie pada lagu-lagu bernada tinggi seperti Gema di Inderaloka, Mabuk Tujuh Lautan, Sejati, berjaya dikawal dengan baik.
Search juga tidak dinafikan persembahan mantap mereka melalui lagu-lagu seperti Balada Pemuzik Jalanan, Cakap Memang Murah dan Gadisku tetapi malam itu rasanya Wings telah mencuri sedikit limelight dari Search. Mungkin kerana teruja mendengar suara Awie yang kembali “top notch”.
Apa-apa pun, malam itu memang milik para peminat mereka. Setiap setlist lagu-lagu Wings dan Search yang dipersembahkan turut dinyanyikan bersama-sama oleh peminat. 20,000 fans in one BIG KARAOKE room, can you imagine how loud it is...
Semasa lagu Isabella berkumandang, secara spontan “lighter” dihidupkan seperti mengimbas scene dalam filem “Fenomena”. Paling menarik apabila bahagian backup vocal untuk “Kenangan Itu…” dalam lagu Sejati pun turut dilontarkan oleh peminat. Salute lah…!
*Mengangkat kata-kata Tommy Lee (Motley Crue) dalam bukunya "TommyLand" - "We do not stop playing because we grow old, we grow old because we stop playing".
Thank you again to Wings and Search for giving your fans a 3 hours of pure enjoyment.
To the organizer, a big thank you for your confidence to bring this iconic legends to where they're belong. Syabas Adept Net Productions…! By the way, to whom who have missed the concert, good news is it will coming to your way soon. Just wait for it to be announced…
**Lebih dari 21 tahun Search & Wings bertapak di industri muzik tetapi lagu-lagu yang disajikan di kebanyakkan stesen-stesen radio masih berbalik kepada lagu-lagu yang sama. Lebih kreatif lah sikit ya…
How far is your 2010? Masih baru lagi kan? Masih sempat untuk membuat azam lagi. Bercakap pasal azam, kami sempat menonton kesinambungan filem Laskar Pelangi, Sang Pemimpi di Jakarta baru-baru ni. Semangat Lintang masih diteruskan tapi kali ini dibantu oleh Arai, sepupu Ikal sendiri. Kitaorang pasti you guys dah tengok Laskar Pelangi kan? Best tak? Filem macam ini seharusnya ditonton oleh kanak-kanak, remaja especially dan juga semua golongan umur.
Ok, I'm sure you guys nak tahu kitaorang duduk kat mana this time. Luxe Hotel (RM170per night per room including tasty breakfast), which is located opposite Ibis Arcadia in Jalan Wahid Hasyim, Jakarta Pusat. Kebetulan semasa kami sampai, Indonesia masih berkabung dengan pemergian Allahyarham Bapak Gus Dur, jadinya bendera2 dikibarkan setengah tiang. Ditambah dengan long weekend, jadi perjalanan kami kali ini agak lancar, nggak macet at all.
Kali ini kami sempat ke Jalan Surabaya, sekitar Menteng residential area where the antiques' market is located. This is one of the famous markets in Jakarta, and Indonesia. Kalau tak silap Hollywood actors/actresses pun pernah sampai ke sini, including Sharon Stone.
Dibuka setiap hari dari jam 9am sampai 6pm, tapi kalau datang sekitar 11am boleh dikatakan kedai dah dibuka semua. Tapi jangan salah sangka, bukan sekadar barangan antik, CD/vinyl/kaset/vhs pun ada. Faizal macam biasa la..lupa diri kejap. Yang bestnya, koleksi kat sini agak rare dan classic. Untuk sampai ke sini, boleh naik bajaj atau teksi. Dari tempat kitaorang lebih kurang 10,000 naik bajaj(kena tanya harga dulu sebelum naik..he..he..)
Kemudian kitaorang ke Taman Ismail Marzuki, dikenali juga sebagai Pusat Kesenian Jakarta. Di situ terdapatnya, Institut Kesenian Jakarta dan Planetarium Jakarta, malangnya Planetarium ditutup untuk renovation. Nama tempat ini diambil sempena pencipta lagu terkenal Indonesia, Ismail Marzuki(di buka tahun 1968) Aktiviti kesenian/kebudayaan/filem/lukisan semuanya ada disini.
Tapi yang paling kitaorang teruja sekali, ada sebuah galeri buku kat sini yang koleksi buku-bukunya best! Kalau you all ada menonton cerita Ada Apa Dengan Cinta, you all mesti perasan buku yang Rangga baca, Aku tulisan Sjuman Djaya, mengenai penulis puisi lagenda Indonesia, Chairil Anwar. Ana sempat beli buku tu, yang dah tinggal satu. Susah dah nak cari kat tempat lain. Selain itu, banyak juga karya dari penulis-penulis Malaysia seperti A. Samad Said, Othman Puteh, Shahnon Ahmad, Johan Jaafar dan lain-lain. Kalau kat tempat kita dah susah gak nak cari selain di Dewan Bahasa.
Borong tak ingat kat situ, puas hati betul. By the way, dalam buku Aku (yang Ana dah habis baca tu..tak sabar lah katakan..) ada satu puisi ni yang sangat familiar untuk kita kat Malaysia.Bagi penggemar puisi, pasti ingat lagu "Doa" dinyanyikan oleh Allahyarham Zubir Ali.
"Tuhan Dalam termangu Aku masih menyebut nama-Mu Biar susah sungguh Mengingat Kau penuh seluruh Cahya-Mu panas suci tinggal kerdip lilin di kelam sunyi"
"Tuhanku Aku hilang bentuk remuk Tuhanku Aku mengembara di negeri asing Tuhanku Di pintu aku mengetuk Aku tidak bisa berpaling"
*Puisi oleh Chairil Anwar, 13 November 1943
Tapi I must tell you this, this book kalau baca memang syahdu la..
This time jugak, kita baru discover satu lagi mall di Jakarta, Pacific Place located next to The Ritz Carlton. (oppsss! Alhamdulillah kitaorang survived) Dalam ni, ada kedai buku yang dicari-cari iaitu Aksara (It was located in Plaza Indonesia before). Dengan deco dan cafe di sebelah memang cool habis tempat ni.
Actually this mall memang ada kelainan, iyelah sampaikan kapal layar pun jadi deco tempat makan, and there is one place called, Kidszania sponsored by Airasia. Tempat ni actually macam mini Disneyland la..place for kids and family, tapi deco dan entrance diaorang buat macam nak naik kapal terbang. Tempat beli tiket macam kaunter check in, nak masuk ada kaunter depatures, best la...
Walaupun sekejap je kitaorang kat sini, but it's fair enough to kickstart our 2010, to save more money, work hard and play harder..He..he..
Happy New Year everyone, enjoy life to the fullest.
*Budget kali, including flight/hotel/transportation/airport tax/makan = RM1000 untuk dua orang...Tinggi sikit, rupiah dah naik!