Apa khabar semua, sememangnya masa berlalu begitu pantas, tanpa disedari kita semakin menghampiri ke pertengahan tahun 2012. Pasti ramai yang mengunjungi MATTA Fair yang diadakan di PWTC baru2 ini. Agak menarik juga pilihan destinasi yang disediakan kali ini. Harga2 untuk tiket penerbangan juga agak berpatutan memandangkan keadaan pasaran minyak global sekarang. “Tahun ni plan pergi kemana?”… itulah antara soalan "lazim" yang sering diajukan kepada kami tiap kali berjumpa kawan2, saudara mara dan rakan2 blog.
Inilah sebenarnya cabarannya sebagai backpackers. Wang, masa, kerja, kesihatan serta tanggungjawab yang harus ditangani dengan bijak sebelum membuat perancangan untuk ber”backpack". Tambahan pula bila menonton rancangan “travel show” yang disiarkan di kaca tv, siapa yang tidak teruja. (kalau ada company macam AirAsia or MAS yang ingin sponsor kami lain la citer…hehe!). Tapi nak ke diaorang ni sponsor kami yang tidak berwajahkan selebriti & populariti...? dan hanya bersandarkan idea dan informasi... Bagi yang sedang melanjutkan pelajaran diluar negara, ambillah peluang ber"backpack" sementara anda masih berada disana kerana kesempatan ini belum tentu akan anda miliki lagi setelah anda memasuki "dunia realiti"...
Oklah, kita tinggalkan cerita pasal realiti dan "travel show" Malaysia ini... Boleh dikatakan tahun ini kami agak slow sedikit dalam traveling, malah kesibukan dalam menguruskan pelbagai perkara berkaitan pekerjaan, kewangan dan keluarga memang menjadi priority pada kami ketika ini. InsyaAllah, kami akan terus ber“backpack” andai masa dan kewangan mengizinkan. (Seriously, both of us is in a midst of "really hard working" mode)...
Anyway, we would like to thank to our followers and readers yang mendapat inspirasi serta tips dari travel blog kami yang memasuki usia lebih 3 tahun ini. Ada yang membaca berkali-kali sebelum ke destinasi tersebut , mencetak tulisan kami sebagai guide ketika disana, menjadikan kami sebagai bahan untuk tesis and paperwork di universiti serta mengamati gambar2 yang kami ambil. Tidak terkecuali, ada yang meminta kami untuk menulis dan membukukan pengalaman perjalanan kami ini.. Layak ke?...hehehe! InsyaAllah, doa2kan ya...
Alhamdulillah, 29.03.2012 yang lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Tak sangka masa berlalu sangat pantas. Terkadang terfikir kekuatan sesebuah perkahwinan itu berdasarkan apa yea sebenarnya? Apa yang kami berdua rasakan adalah ikatan persaudaraan dengan keluarga, persahabatan yang erat dengan rakan2 dan jiran tetangga serta perjanjian untuk bersama sehingga ke akhir hayat, itulah erti sebuah perkahwinan buat kami...