Oh ya! Hari ini kami bertolak ke Gunung Marapi.
Hari Kelima dan Keenam
Gunung Marapi (juga dikenal sebagai Merapi atau Berapi) adalah gunung berapi yang terletak di Sumatera Barat,Indonesia. Gunung ini tergolong gunung yang paling aktif di Sumatera. Terletak dalam kawasan Kabupaten Agam. Gunung ini dapat juga dilihat dari kota Bukittinggi, kota Padangpanjang dan kabupaten Tanah Datar, dan memiliki ketinggian 2.891 m. Tak setinggi Gunung Kinabalu, tapi buat yang dah lama tak mendaki ni..agak jugaklah...Gunung Marapi sudah meletus lebih dari 50 kali sejak akhir abad 18.
Pendakian kami seramai 14 orang termasuk guide dan anak-anak buahnya berjalan lancar. Iksan, Ridho, Camek, Syahrul, Rahmat antara adik-adik yang membantu kami sepanjang perjalanan kami, sehinggakan kami sudah seperti sebuah keluarga. Alhamdulillah. Sebagai pendaki dahulunya sangat tegar, Ana memang mencari-cari peluang untuk mendaki apatah lagi dapat membawa sekali Faizal yang sememangnya tak pernah mendaki mana-mana gunung. Sesungguhnya itu sudah menjadi kenangan yang sangat indah dan berharga buat kami berdua.
Kami bertolak dalam jam 9pagi dari perkampungan berdekatan. Pendakian selama 8 jam secara santai itu memang menguji minda, apatah lagi ada juga di kalangan kengkawan yang baru pertama kali mendaki. Perasaan ingin mengalah itu sering kali terucap di bibir, namun semangat kengkawan lain yang tak putus-putus beri sorakan, akhirnya Dayah berjaya sampai di tapak perkhemahan.
Sampai sahaja di tapak perkhemahan...Subhanallah...Cantiknya ciptaan yang Maha Esa. Betapa kerdilnya kita bila berada untuk melihat keindahan itu. Menjadi rezeki kami malam itu, adanya kejadian gerhana bulan yang mana bulan kelihatan sangat besar. Besarnya tanpa perlu kita menggunakan kuasa elektrik untuk memberikan cahaya malam.
Sampai sahaja di tapak perkhemahan...Subhanallah...Cantiknya ciptaan yang Maha Esa. Betapa kerdilnya kita bila berada untuk melihat keindahan itu. Menjadi rezeki kami malam itu, adanya kejadian gerhana bulan yang mana bulan kelihatan sangat besar. Besarnya tanpa perlu kita menggunakan kuasa elektrik untuk memberikan cahaya malam.
Tapi cuaca diatas tersangatlah sejuk yang amat. Berlapis-lapis lah baju, itu belum sampai puncak lagi. Malamnya kami habiskan dengan menyaksikan keindahan luar biasa dengan cara tersendiri. Ada yang menyanyi, ada yang berzikir, dan ada yang mengelamun. Macam-macam...mungkin memikirkan nasib esok jam 5pagi untuk meneruskan perjalanan ke puncak Marapi agaknya!
Tepat jam 5pagi, kami dikejutkan untuk bersiap sedia menuju puncak. Ikutkan ramai yang tak tidur disebabkan terlalu sejuk dan tidak berapa selesa. Biasalah...Orang bandar la katakan...hihihi... Untuk menuju puncak memakan masa dalam 1 jam atau 45 minit bagi yang laju...Namun itu bukan ukurannya...Sampai puncak itu adalah matlamat kami...
Alhamdulillah..dengan hingus meleleh,...bibir kering, kesejukan yang tak tertahan... semuanya berbaloi tatkala sampai ke puncak. Benarlah kata orang "Tatkala berada di atas puncak gunung, segala keperitan atau kesusahan itu lenyap sekelip mata". Allah semestinya menjanjikan kemenangan buat orang yang bersabar...Tak perlu cerita lebih kan, atas puncak..Biar gambar-gambar ini yang berbicara...
Tak sah kalau tak ada gambar melompat di atas gunung, kan?
So, kawan2 semua, ada rasa nak mendaki tak? Kepada yang belum pernah, cubalah...Itu satu ujian ketahanan diri yang paling dahsyat, tak sama dengan pergi kursus motivasi...hihihi...Sebelah malamnya selepas kami turun dari gunung Marapi, sempat juga kami ke sebuah Sanggar Seni yang terletak di sekitar Jam Gadang yang setiap malamnya menampilkan kumpulan kebudayaan minang yang berbeza. Malam itu giliran kumpulan Sanggar Puti Limo Jurai yang telah kami anggap sebagai kengkawanproject cawangan Bukittinggi kerana mereka selalu menjadi sukarelawan setiap kali kami ke sana. Lain post kami akan cerita sejarah perkenalan yang sangat luar biasa ini.
Hari Ketujuh
Hari ini hari bersejarah buat kengkawanproject, kami diundang ke RRI, Radio Republik Indonesia Caw. Bukittinggi untuk berkongsi cerita "charity" yang kami lakukan sepanjang kami di sana. MasyaAllah, tatkala di negara sendiri tiada siapa tahu kewujudan kami, Allah beri peluang kami berkongsi cerita. Yang menariknya lagi, interview itu boleh didengar melalui streaming, maka nya...kengkawan di Malaysia sempat jugak la dengar...Alhamdulillah...Allah selalu bagi bonus! Thank you, Allah!
Sebaik sahaja kami bersiaran di Radio, kami ke sebuah panti asuhan yang terletak lebih kurang 1jam setengah dari Bukittinggi untuk menyampaikan sumbangan serta makan tengahari bersama mereka. Tempatnya sungguh menakjubkan di atas bukit dan pemandangan yang cukup indah. Adik-adiknya comel dan kami amat bertuah diberi peluang untuk bertemu dengan mereka. Moga Allah sentiasa melindungi mereka. Aamiin...
"Tiada apa yang membahagiakan seseorang selain kebahagiaan itu dikongsi bersama..."
Hari Kelapan
Hmm....Today it's the only day that we spend our money...hahhaha...baru lah terperasan belum beli ole-ole untuk dibawa pulang. Memandangkan esok hari, awal pagi udah mau pulang, kami habiskan masa di sekitar kota sambil makan-makan dan makan "angin".
Untuk yang ingin melancong ke sana, tak susah sebabnya dah banyak orang Malaysia di sana.Tapi kalau nak buat charity, lebih menarik rasanya...
Apa-apapun, ini list yang "must do and eat" kat sana:
1.Makan di Bika Thalago (sejenis makanan ubi dicampur kelapa yang dibakar dalam dapur kayu)
2.Bakso
3.Danau Maninjau
4.Lembah Harau
5.Gunung Marapi
6.Beli Kerepek Balado
Hihihi..sangat berat sebelah kan? Tapi itu yang sangat terkesan buat kami. Itu sahaja pengembaraan kami, Faizal dan Anna bersama kengkawanproject. Jika ada yang teringin nak ikut kami next time, di lain negara, bagitau ya! InsyaAllah kita boleh pergi bersama. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca "omongan" kami ini.
"Jadilah insan yang berbagi tanpa lelah...
...senyum yang tiada tara...
...dan salam yang tiada henti"
Salam Sayang,
Faizal dan Anna.
p/s: next post? Warten!