Alhamdulillah... Pertama-tama kali ingin kami, Anna dan Faizal memanjatkan tanda syukur keatas kesempatan yang telah Allah SWT berikan untuk kami malam ini untuk menyambung kembali apa yang telah kami tinggalkan hampir 2 tahun. MasyaAllah...Lamanya kita tidak bertemu ya!
Terlalu banyak kisah yang ingin kami kongsikan, tapi entah kenapa ya malam ini menjadi terlalu sayu dan rindu tatkala mengenangkan banyak hal yang telah terjadi sepanjang kami tidak menulis.
Buat pengetahuan semua, sepeninggalan kami bukanlah menyendiri tetapi pengembaraan kami telah berubah wajah, kami berkelana dengan membawa pengisian baru dalam hidup kami.
Kami bersama-sama sahabat-sahabat baik kami telah memulakan satu kumpulan NGO yang dinamakan kengkawanproject, www.facebook.com/kengkawanproject yang mana kami ber"kecimpung" secara kecil-kecilan membantu ataupun mengadakan aktiviti kemasyarakatan di dalam dan juga di luar negara. Haaa...itulah cerita kami sebenarnya...traveling is still our passion. Cuma kita selitkan pengisian yang berbeza, apa salahnya kan?
Kalau nak cerita balik travel sambil buat charity akan ambil masa yang agak lama. Apakata kami tinggalkan satu link istimewa buat semua sementara waktu sebelum meneruskan cerita kami. Ini adalah salah satu aktiviti sepanjang "kehilangan" kami. Harap semuanya bersabar untuk post yang seterusnya...Almaklumlah, dah lama tak menulis...Nak cari ayat-ayat "power" dah agak berkarat sebenarnya..hehehe...
InsyaAllah, BudgetCouple Backpackers akan kembali bercerita...Jangan Bimbang!
Salam Sayang dan Rindu,
Faizal dan Anna
2 comments:
Selamat kembali...lama dah tunggu update dari korang...walaupun follow kat facebook...tapi tak sama la macam baca kat blog....
Welcome back... always enjoyed reading your adventures and stories
Post a Comment