Thursday, May 20, 2010

Saya Nak Cuti!...

Carrara Market, Gold Coast
Hmmmm...Best nyer tag line tu. Have you watched this program lately? What do you think? Teruja nak cuti? Or do you think you can have better way of Cuti? As for us, addiction to traveling has been with us for quite a long time.


Apa-apa pun, Thumbs up! to this program for giving their viewers a chance to host their own travel show. For those who've not be chosen for the show, don't give up, You can have your "Saya Nak Cuti" in your own way! I guess it will be more happening kot, tak terikat dengan skrip..he..he..

Anybody been to Universal Studios Singapore? Kalau ada, tell us...saja nak tau! Sekarang ni, Airasia tengah buat offer Free Seats, apalagi grab this opportunity dan boleh travel secara budget.

*Tengah selak2 album and recap our version of "Kami Nak Cuti" so far... (next plan..?)

HRC Universal OsakaLegendary Sun StudioNational Civil Rights MuseumAbraham Lincoln MemorialNew YorkTugu Pahlawan, Surabaya
Universal Studio OrlandoGraceland, MemphisThat small?It was so cold!Cafe Kasturi@George Street
Grand Palace, BangkokTokyoParliment House, MelbourneHard Rock Hotel, MacauShinkansenHow tall she is?
HRC BaliTanah Lot, BaliAlicante, SpainAlicante, SpainBuckingham Palace

Thursday, May 6, 2010

Malam Karaoke bersama Wings dan Search.

Masa zaman sekolah dulu, tak sah rasanya kalau tak jamming lagu-lagu dari kumpulan Wings atau Search. Kedua-dua band ini memang menjadi idola buat peminat muzik rock tanahair yang membesar sekitar tahun 80an dan 90an. Dari gaya nyanyian hinggalah ke penampilan mereka pun menjadi ikutan Faizal dan rakan-rakan. Kelakar pulak rasanya bila diingat balik…hehehe!

So, bila diumumkan Konsert Double Trouble akan kembali bergabung pada 1 Mei 2010, tanpa berlengah lagi Faizal menandakan tarikh ini dan membuat tempahan tiket (RM70) di premis terdekat. Teruja beb!! Lagipun sudah agak lama artis-artis Malaysia yang berkualiti seperti ini diketepikan bila mereka ingin mengadakan konsert pada skala yang besar.

Ada juga yang mempertikaikan harga tiket konsert ini agak mahal. But to me, if you’re really a true music fan and appreciate the music legends who have fought more than 21 years in this music business and still survive, RM70 itu hanyalah satu jumlah yang kecil.

Konsert Double Trouble 1/5/2010Konsert Double Trouble 1/5/2010
On the concert day, Faizal together with his brother in law and friends went out as early as 5pm to the venue. It was raining heavily along the way. Nasib baik concert ini Indoor. We thought we were the earliest to arrive at the venue but as we were getting closer, the traffic was already congested. Lautan peminat kedua-dua band ini sudahpun membanjiri sekitar kawasan konsert yang turut menjual official merchandise, makanan dan juga minuman. (Sempat jugalah sambar “burger stadium” buat alas perut..hehe!)

Wow! Biarpun setelah berbelas tahun sejak konsert pertama diadakan, melihat pada kekuatan peminat yang datang memberikan sokongan tiba-tiba membuatkan Faizal terharu. (macam dia pulak band member..!). Actually, few days before the concert Faizal bought a copy of Double Trouble cd and the staff ask him if he’s going to the concert. He said “Of Course!” but the staff has doubt. Can Awie sings like he used to in the 1993 concert?

Tepat jam 8.50malam, lampu-lampu mula dipadamkan dan tumpuan peminat terus tertuju ke pentas utama dimana ahli-ahli kumpulan Search dan Wings mengambil posisi masing-masing dan memainkan lagu pertama mereka “Gemuruh”. Awie yang memulakan rangkap pertama lagu ini benar-benar memukau peminat dengan suara lemaknya, Begitu juga pada keseluruhan konsert, vokal Awie pada lagu-lagu bernada tinggi seperti Gema di Inderaloka, Mabuk Tujuh Lautan, Sejati, berjaya dikawal dengan baik.


Search juga tidak dinafikan persembahan mantap mereka melalui lagu-lagu seperti Balada Pemuzik Jalanan, Cakap Memang Murah dan Gadisku tetapi malam itu rasanya Wings telah mencuri sedikit limelight dari Search. Mungkin kerana teruja mendengar suara Awie yang kembali “top notch”.

Apa-apa pun, malam itu memang milik para peminat mereka. Setiap setlist lagu-lagu Wings dan Search yang dipersembahkan turut dinyanyikan bersama-sama oleh peminat. 20,000 fans in one BIG KARAOKE room, can you imagine how loud it is...
Semasa lagu Isabella berkumandang, secara spontan “lighter” dihidupkan seperti mengimbas scene dalam filem “Fenomena”. Paling menarik apabila bahagian backup vocal untuk “Kenangan Itu…” dalam lagu Sejati pun turut dilontarkan oleh peminat. Salute lah…!

*Mengangkat kata-kata Tommy Lee (Motley Crue) dalam bukunya "TommyLand" - "We do not stop playing because we grow old, we grow old because we stop playing".

Thank you again to Wings and Search for giving your fans a 3 hours of pure enjoyment.
To the organizer, a big thank you for your confidence to bring this iconic legends to where they're belong. Syabas Adept Net Productions…! By the way, to whom who have missed the concert, good news is it will coming to your way soon. Just wait for it to be announced…



**Lebih dari 21 tahun Search & Wings bertapak di industri muzik tetapi lagu-lagu yang disajikan di kebanyakkan stesen-stesen radio masih berbalik kepada lagu-lagu yang sama. Lebih kreatif lah sikit ya…