Thursday, September 17, 2015

Nikmat Melalui Musibah

17 September 2015...Selamat Hari Malaysia!(Belated..hihihi)

I guess today is the best day to share a new place and a new city that we've been early last year.
Cer teka? Kat mana? Tempat ni merupakan salah satu tempat yang telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila ditimpa musibah yang tak terjangka. Innalillah...

Acheh, kota yang dikenali sebagai Serambi Mekah, hmmm..mula-mula tertanya-tanya juga apa signifikannya jolokan itu dengan bandar ini. Mungkin juga mengikut sejarah dimana bandar Acheh ini adalah tumpuan utama kemasukan Islam ketika abad yang ke-15 sehinggakan ramai mubaligh Acheh sanggup meninggalkan kampung demi menyebarkan Islam. Diantaranya ulama terkenal adalah Sunan Ampel. Pastinya pendekatan undang-undang Islam agak ketat disini, sehinggakan nak naik motor berdua kalau bukan muhrim akan ditahan dan didenda..Erkk? Kalau kat sini, habislah..kaya polis trafik kita...



Kali ini, pengembaraan kami ditemani dengan rakan baik kami, Jojie dan keluarganya. Biarpun kami tak lama disini, namun kembara selama 3hari 2 malam tetap membawa erti. Tercetusnya idea untuk kemari sebenarnya dah lama...Namun semuanya ketentuan dan perancangan Allah yang Maha Hebat, Ana dan Jojie sama-sama menonton rancangan khas Tsunami Aceh yang pada malam 25 Disember 2013 (ingat lagi tarikh keramat ni, hihihi), jadi secara "unconcious"nya kami dah bersetuju untuk ke sana. Terus call dan dua-dua pun JOM!

Kami bertolak ke sana pagi rasanya...(sorry agak lama dah tak ingat sangat). Perjalanan tak lama, tak sampai satu jam pun. Tiket penerbangan waktu itu dalam RM350 untuk dua orang, mungkin lebih murah kalau kami book awal, memandangkan main terjah aje, itulah akibatnya... Tapi yang paling istimewa, dalam perjalanan ke sana, Amon, suami Jojie telah bertembung dengan kawannya dalam kapal terbang yang akhirnya sudi menumpang kami dari airport ke hotel. Rezeki betul buat kami, dah jimat dah shuttle ke hotel. Dahlah tu, bawa pula Faizal, Amon dan Shakir (anak Jojie) untuk menunaikan solat Jumaat di Masjd yang memang terkenal di sana, Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah-tengah kota Aceh.



Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid Kesultanan Aceh yang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1022 H/1612 M. Bangunan indah dan megah yang mirip dengan Taj Mahal di India ini terletak tepat di jantung Kota Banda Aceh dan menjadi titik pusat dari segala kegiatan di Aceh Darussalam. Sebaik sahaja check in di hotel Sulthan Hotel, kami bersiap sedia untuk mencari makan tengahari. Kalau di sini, mencari makanan amatlah tak susah kerana selain halal ianya ada dimana-mana dan harga yang agak berpatutan. Alhamdulillah,..



Hari Kedua, kami penuhi dengan pelbagai lawatan ke tempat-tempat yang mengimbas kembali peristiwa Tsunami 2004. Antaranya Muzium Tsunami yang menempatkan kisah yang menyayat hati ketika Aceh diuji dengan musibah besar itu. Tapi paling terkesan buat kami apabila menonton video bagaimana ombak besar yang datang sebegitu rupa, seolah-olah "membersihkan" Aceh sedemikian rupa. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Hebat, takkan terlawan dek kita hamba yang lemah dan penuh dengan dosa...



Kami juga tidak melepaskan peluang untuk ke kapal tangki yang dipukul ombak sejauh 7km dari laut ke darat...kalau ikutkan dari Bukit Jalil ke Taman Jaya, Petaling Jaya, dan akhirnya tersadai di satu kampung yang habis penduduknya disapu bersih. Menurut kata orang-orang kampung, mungkin ada lagi mayat yang berada di bawah kapal tersebut ke hari ini. Wallahu a'lam...



Jika ada diantara kalian yang pernah menonton filem "Hafalan Solat Delisa", pantai yang menjadi saksi itu, Lhok Nga antara yang kehilangan hampir semua penduduknya...lebih kurang 30,000 penduduk. MasyaAllah, tak terbayangkan....Apatah lagi, bila kami ke perkuburan masal, salah satu perkuburan masal yang ada di bandar Aceh ini yang terletak di  desa Ulee Lheue di jalan pocut baren No.30, yaitu di lokasi halaman bekas gedung RSUD Meuraxa. Terdapata 14,264 korban jiwa, yang dikubur dalam satu liang tanpa nisan. Hanya terdapat tiang penanda dari besi yang memberitahukan dimana lokasi kuburan untuk orang dewasa dan kuburan anak anak. Sayu dan tersentuh tatkala memikirkan kalau kita lah..."Ya Allah, yang mana satu ibuku, ayahku, isteriku, suamiku dan juga anak-anakku"? Semuanya disatukan...Moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...



Lagi satu yang menjadi "viral" adalah sampan atau bot yang tersangkut diatas bumbung rumah. Kalau dengar sendiri kisah itu, memang yang tidak lain dan tidak bukan itu semua memang ketentuan Allah yang menjadikan sampan itu menjadi penyelamat kepada penduduk kampung ketika itu. Abang Mon yang macho tu pun tak dapat menahan sebak bila diceritakan sendiri oleh pakcik yang menjadi saksi peristiwa tersebut.



Ada beberapa tempat yang boleh diterokai lagi sebenarnya jika lebih lama kami di sana. Mungkin ini sebagai asbab untuk kami ke sana lagi kerana selepas 10 tahun, bandar Aceh telah bangun dan kembali semula dengan lebih cantik, bersih dan maju. Mungkin ini yang dikatakan "Ada Hikmah di Sebalik Setiap Kejadian". Moga kita di Malaysia boleh mengambil ikhtibar apa yang berlaku di Aceh kerana nikmat Allah bukan hanya dalam bentuk kesenangan, adakalanya nikmat itu datang dalam bentuk musibah. Wallahu a'lam...



Jadi, kepada sesiapa yang nak ke sana, hotel dan kapalterbang agak murah. Untuk lebih memudahkan dan murah kalau pergi berkumpulan untuk menyewa kenderaan bersama pemandu untuk bawa ke mana-mana. Jika dalam bandar Aceh, bolehlah menaiki beca, tapi kena tanya dulu harga sebelum naik, itu sahaja TIPnya. Yang lain, enjoy!



Sekian dari kami dulu...Ok tak? Baru nak dapat feel bercerita. Moga Allah kekalkan niat dan semangat untuk kami bercerita lagi. InsyaAllah...

Salam Sayang dari,
Faizal dan Anna




1 comment:

deaf-angel said...

Mula2 aku baca seronok tau ni posting then sayu, then aku macam nak stop baca pasal aku sedih..tapi baca jugak sampai abis.
as usual great report and superb photos.
antara aku tak bleh imejin tu jam ialah those in lockups and prison.
and satu benda aku akan ingat sampai bila2 bila terjadi musibah or banjir or what baik in Malaysia, Singapore or outside country, jangan lupa sanitary pads bila start kumpul supplies atau hantar stuffs, ni aku belajar once aceh was hit.