Sunday, June 20, 2010

Mimpi Yang Panjang

Salam semua,

Terlalu berat untuk berkongsi pengalaman ini but I'm sure one day everyone has to go thru this kind of situation.

Tepat 10.40mlm, pada 11 Jun yang lalu ibunda tercinta telah kembali ke rahmatullah, kehilangan mak umpama kehilangan separuh jiwa raga. Tanpa kesakitan, tanpa kepayahan dan juga tanpa pesan, mak pergi menyahut panggilan Ilahi. Dunia bagaikan mimpi yang tiada kesudahan, setiap kali bangun tidur, selalu mengharapkan ianya sebuah mimpi, tapi ternyata ianya adalah realiti yang harus ditempuhi.

Bersyukur ke hadrat Allah swt, Ana dikurniakan abah, adik, suami serta ahli keluarga, rakan-rakan dan juga jiran tetangga yang tak putus-putus memberikan sokongan dan segala bantuan yang diperlukan.

Tiada apa yang dapat mengiringi mak selain doa anak yang soleh dan solehah, sedekah jariah dan juga ilmu yang arwah mak kongsikan bersama. Semoga roh mak akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. InsyaAllah...Al- Fatihah.

Mimpi yang Panjang

Jikalau masa kan boleh kembali
Akan ku peluk, Akan ku cium tapak kaki mu
Akan ku belai, Akan ku serah jiwa raga ku

Jikalau masa kan boleh kembali
Akan ku buat dirimu lebih bangga
Akan ku buat dirimu lebih bahagia

Jikalau masa kan boleh kembali
Akan ku turut segala kehendakmu
Akan ku turut segala kemahuanmu

Jikalau itu kehendak Yang Maha Esa
Siapalah aku untuk menahannya
Jikalau itu panggilan Agung
Siapalah kita untuk menolaknya

Tapi yang pasti...
Aku masih di dalam Mimpi yang Panjang

luahan - Norhana Osman Haron

10 comments:

joe said...

Salam takziah untuk Faizal & Anna dan juga Al-Fatihah untuk arwah.

Ibnu Taharim said...

Salam takziah juga dari saya , semoga Rohnya akan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga tabah menghadapi hari mendatang. Setiap yang hidup pasti akan mati.

Along said...

Salam takziah untuk Anna dan Faizal sekeluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Kerch said...

Takziah dari wan sekeluarga..

deaf_angel said...

fren

Smoga arwah ibu mu berada dalam golongan mereka yang beriman dan dilindungi Allah sentiasa. Amin.

Untuk ko dan love ones ko, selagi kita sedut oxygen ni, life goes on, but memories, doas, and amal jariah yang pahalanye disedekah to your mom should never be forgotten.

bella said...

Salam Takziah to you and family and Al-Fatihah to Arwah, moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang soleh...take care, and sabar ye.

aud said...

My condolences to you and family Ana.

Me Myself n I said...

Salam takziah utk ana dan keluarga. Sedih mmg sedih. Tapi yang penting kita redha dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia disana. Al-Fatihah..

Diary Kayangan said...

salam takziah dan semoga tabah menghadapi ketentuan dari Illahi. insyaAllah, ada rahmat disebalik semua yg berlaku. perasaan ini, kedukaan ini, adalah kedukaan yg sama sewaktu nana kehilangan arwah abi tercinta satu ketika dulu. semoga terus kuat dan tabah. jaga diri. salam kenalan -farhana

ilisaharudin said...

salam takziah buat abg Faizal & Kak Anna sekeluarga~ al-Fatihah