Tuesday, November 26, 2013

Menjejaki Sahibul Menara...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, akhirnya dikurniakan masa dan kesempatan untuk mengemaskini blog yang agak ditinggal sepi. Masih dibaca orang atau nggak lagi kan? Eh, tetiba berbahasa Indonesia. Tapi itulah intipati post kali ni. Maaf ya..kalau skip dulu dari cerita umrah kami kerana post kali ini agak tidak sabar untuk dikongsikan bersama pembaca setia kami…

“Man Jadda Wa Jadda” adalah kalimah Arab yang sangat dekat di hati kami yang bermaksud “Sesiapa yang bersungguh, pasti berhasil”. Samada secara sedar atau tidak kalimah ini telah membawa kami, Ana, Faizal bersama sahabat baik kami, Mariana dan suaminya, Halim menjejaki sebuah desa di Jawa Timur. Benarlah kata pepatah, “Dengan sebuah tulisan, anda bisa merubah dunia". Dunia penulisan telah menjadikan A.Fuadi (siapa pulak ni) merubah dunianya, keluarganya, sekolahnya malah negaranya. Bagi sesiapa yang pernah dengar/baca buku “Negeri 5 Menara” (yang telah difilemkan), pasti kenal Bang Fuadi ni. Bagi yang belum pernah kenal, it’s ok. First, let’s watch the trailer.



Kepergian kami sebenarnya adalah untuk mengenali sebuah sekolah yang berjaya membina/membentuk insan-insan yang bisa jadi “orang besar” yang mana guru-gurunya tidak dibayar gaji tapi mampu mengabdikan diri demi sebuah amanah besar dari Allah iaitu Menyampaikan Ilmu. Difahamkan di sini, pengkhususan tidak kepada menghafaz Al-Quran tetapi lebih kepada ilmu penghidupan.

Back to the trip, how did we get there and what have we learned from them? Untuk sampai ke Pondok Modern Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur ni sebenarnya agak mencabar yet interesting. Kami bertolak dari Kuala Lumpur (LCCT) ke Yogyakarta. Options are to Yogya/Solo/Surabaya. We chose Yogya because our friends haven’t been there before.

Sampai sahaja di Yogya, kami menginap di Istana Batik (RM120per night incl breakfast) berhadapan dengan stasiun keretapi, Stasiun Tugu. Reason being, to get a train to Stasiun Madiun the next morning. Tapi perancangan Allah lebih hebat, kami bertemu dengan Tior, pemandu kereta yang membawa kami dari airport Yogya ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel, kami bertanya tentang Pondok Modern ni, beliau terus bercerita sehingga tanpa sedar kami telah bersetuju mengupah beliau untuk membawa kami terus ke bandar Ponorogo. Ikut perancangan asal: Dari Stasiun Tugu-Stasiun Madiun-Terminal Madiun-Terminal Seloaji-Hotel. Subhanallah…Allah menemukan kami dengan seorang yang baik hati dan kami terus dibawa ke hotel di Ponorogo. Kos perjalanan 600,00ribu lebih murah jika ambil keretapi ke Madiun 185,00ribu seorang.



Perjalanan yang memakan masa hampir 6jam itu ditemani dengan pemandangan indah dan tempat rehat yang menyenangkan. Setelah bertolak hampir 3jam, kami berhenti di sebuah kawasan bernama Waduk, di mana tempat penternakan ikan air tawar. Bayangkan nikmat Allah, kami order makanan yang agaklah banyak dan makan sepuas hati yang seramai 5 orang itu hanya RM27. Ya Allah, syukur alhamdullillah.


Dah makan puas, apalagi mata mula mengecil, seorang demi seorang mula tewas dan tinggal Faizal seorang yang menemani Tior di sepanjang perjalanan. Lebih kurang jam 5 petang, kami sampai di bandar Ponorogo, malangnya…bukan malang tapi istimewanya kami tersangkut dalam kesesakan jalan kerana penduduk setempat baru sahaja selesai Festival Reog yang diadakan setahun sekali menjelang 1 Suro atau 1 Muharram.


Sebaik sahaja azan maghrib kami pun selamat sampai di hotel, Maesa Hotel yang satu-satunya hotel di Ponorogo yang ada disenarai booking.com/agoda dan web yang lain. Harga hotel untuk dua malam ialah RM211 untuk sebilik termasuk sarapan.


Kalau mengikut kata pekerja hotel untuk sampai ke Pondok Modern, “Nggak bisa pakai bis kerana nggak ada bis langsung ke sana. Taksi juga nggak ada..yang ada hanya ojek” Aduh! Gi mana ni? Man Jadda Wa Jadda…Sekali lagi perancangan Allah itu Maha Hebat, dek kerana kami baru sampai ,langsung makan malam kami hanya mee segera yang dibeli di supermarket berdekatan. Di situ lah kami jumpa informer2 yang beritahu cara2 untuk sampai ke pondok. Thank you, Allah.

1 MUHARRAM 1435H

Keesokan harinya, seusai sarapan kami berempat memulakan misi dengan mencari bektor (becak+motor). Memandangkan hari itu hari cuti maka agak kurang jugaklah bektornya bekeliaran akhirnya kami dipertemukan dengan 2 orang pakcik yang sanggup membawa kami ke sana. Dengan perjalanan lebih kurang 40minit rasanya, sampailah kami ke tempat yang hanya kami bayangkan menerusi buku dan filemnya. MasyaAllah, nampak sahaja pintu gerbangnya hati melompat kegembiraan…ditambah pula sekolah sedang mengadakan “Open Day” sempena 1 Muharram. Memang ditakdirkan kami sampai di situ tepat pada masanya…



Terpinga-pinga, mata Ana liar mencari setiap landmark yang diceritakan itu. Itu tempatnya Sahibul Menara berkumpul (di bawah menara). Tangga masjid yang menjadi subjek utama, rumah Pak Kiyai, padang sekolah, dewan tempat berkumpul, santrinya semuanya seolah-olah sedang hidup di depan mata.


Menurut seorang pelajar senior, Sultan Abdul Aziz, bayangkan nama dia.. yang diwawancara oleh kami dalam bahasa Inggeris. Yang menjadikan sekolah agama ini modern adalah kerana bahasa yang digunakan hanya Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang diselang selikan penggunaannya. 2 minggu bahasa Arab dua minggu bahasa Inggeris. Bahasa Indonesia tidak boleh digunakan langsung. Bukan itu sahaja, apabila diberitahu dalam penceritaan yang mereka tidak dibayar gaji ; itu topik yang sangat ingin ditanya. Memang benar, gaji tidak bayar, makan/minum, tempat tinggal sahaja yang disediakan…



Kalau diberi peluang untuk cerita, akan lebih panjang tentang Pondok ni, cukup dengan gambar2 sebagai tanda puas hati kami untuk hari tu. Selebihnya dapat buku ni “Negeri 5 Menara” satu dari triloginya…atau layari laman web mereka: Pondok Modern Gontor.

Hah! Dah puas kat sana, baru terfikir macamana pulak nak balik ke hotel? Kami mula menyusuri jalan keluar, terpandangkan iklan ini:…Hmm, apalagi…Upahnya 100ribu sesuailah dengan kami yang berempat ni. Kalau diikutkan, trip yang mempunyai 4orang memang mudah dan murah kerana semuanya dibahagikan 4, jadi taklah terasa sangat. Dengan syarat, geng mesti sekepala…

Sesudah itu, kami tak lepaskan peluang untuk merasakan Sate Ponorogo. Bezanya dengan sate daerah lain, sate ni potongan dagingnya nipis bukan dadu macam sate yang lain. Kuahnya mantap dan murah. Hmm yummy! Disebabkan malamnya yang dirasakan cepat, bandarnya agak sepi dan hanya beberapa orang yang masih di jalanan termasuk kami yang “alien“ni. Kalau ke sini, tak sah kalau tak rasa nasi pecel. Ya Ampun deh! Makan malam untuk 4 orang tahu berapa? RM6? Biar betul! RM6, dalam hati kami macamana profit margin ibu ni. Tetapi siapa yang boleh melawan kuasa Allah…dengan pendapatan sebegitu rupa memang ada insan yang masih boleh hidup tanpa meminta-minta. Yang anehnya, kalau di bandar besar seperti Jakarta, ramai betul peminta sedekah, di sini…hampir tiada. Benarlah, Islam tidak mengajar umatnya meminta-minta.


Esok pagi, kami ke pasar pagi Seolanggit, stylo betul nama dia. Memang ketara benar kami ni orang luar. Dahlah bahasa lain, rupa lain tapi yang pastinya kita semua sama di sisi Allah. Lagi satu to complete our journey, minuman khas dari Ponorogo, Es Dawet. Macam cendul tapi tak ada colour, diminum dengan bebola sagu kelapa, gula merah dan santan cair. Murah jugak 60sen satu mangkuk….Ish ish ish…pasal makan minum semua complete. Iyalah…Ntah bila lagi kami akan sampai ke sini…




Sebelah malamnya sudah sampai masa untuk kami meninggalkan Ponorgo dan meneruskan perjalanan kami ke Jakarta. Perjalanan yang bakal ditempuhi dengan keretapi itu memakan masa 10jam (385ribu seorang, kelas eksekutif). Jadual perjalanan keretapi boleh dilihat di: Kereta Api Indonesia. Kalau nak book kena ada kad kredit Indonesia.

Biarpun pada mata pembaca akan merasakan apalah yang beriya-iya sangat diceritakan di sini, tapi kami tetap mahu berkongsi tentang sebuah impian dan keterpaksaan. Aduh! Complicated nih.


“Jangan meremehkan apa pun impian kalian, kerana Dia pun nggak pernah meremehkannya”. – A. Fuadi

“Keterpaksaan itu boleh dihadapi dengan keredhaan dan dengan berdamai dengan keadaan” A. Fuadi

Kata-kata itu merupakan semangat buat kami untuk meneruskan impian menjelajah ke serata dunia. Jika keadaan memaksa, redhalah kerana dengan keredhaan pasti digantikan dengan yang lebih baik. Sebagai bonus perjalanan kami kali ini, kami berpeluang bertentang mata dengan penulis buku ni, A.Fuadi di Indonesia Book Fair sehari sebelum kami pulang ke tanahair.


Benarlah, A.Fuadi telah membuktikan sebuah karya/tulisan boleh merubah dunia. Kami sendiri dapat merasainya… Alhamdulillah.

Tulisan post kali ini lebih bersifat personal tapi kerana sayangkan ilmu dan pengalaman ini, maka kami kongsikan dengan pembaca tersayang kami semoga kalian semua bisa meneruskan apapun impian kalian. Sekian, terima kasih kerana membaca… "Man Jadda Wa Jadda".

Salam sayang, Anna & Faizal.

3 comments:

Nanatron said...

modern ya skola pondoknya!
pengajaran dalam arab & english..something refreshing. untuk mengangkat martabat Islam di mata dunia mmg perlu penguasaan bahasa antarabangsa...syabas kepada skola pondok ni :)

deaf-angel said...

Amazing.. aku baca dua kali nak try absorb adventrue korang ni

CIKU said...

waa..dah sampai akhirnya..bagusla kak ana n abg faizal.Hari tu tengok buku tu je buku Negeri 5 Menara..ni dah menjejakki lak.:..nnt free ciku nak tgk filemnya lak.cam best je