Sunday, September 27, 2015

Jelajah Qurban@Bukittinggi, Part 1

Selamat Beristirehat di hujung minggu.

Kalau ikutkan hari-hari tasyrik, hari ni hari last kan untuk sambutan Aidiladha? Teringat pula kenangan sambutan kami di Bukittinggi, Sumatera Barat tahun lepas. Terlihat satu terma baru, VOLUNTORISM oleh Syed Azmi, aktivis paling trending dan juga sahabat kami. Rasanya terma tu sangat kena dengan kami sekarang. Ianya sangat "contagious", apabila kalau kemana-mana kami mesti terfikir nak buat sesuatu. Benarlah kata orang "Harimau Pergi Meninggalkan Belang, Manusia Pergi Meninggalkan Nama" tapi bukan tujuan kami meninggalkan nama, cukup sekadar ada yang ingin menyambung apa yang kami lakukan. InsyaAllah....



Ok, berbalik kepada voluntorism kami tahun lepas, kami ke sana hampir 9 hari 8 malam. Tujuan utama kami untuk mengadakan ibadah korban, free breakfast, free market, lawatan ke panti asuhan dan akhir sekali mendaki Gunung Marapi.

Hari Pertama

Dengan 6 orang kengkawan, kami bermusafir dengan bagasi hampir 240kg yang mengandungi pelbagai barangan dan juadah yang bakal dijamu di sana. Perjalanan untuk ke sini, penerbangan AirAsia menjadi pilihan kerana agak murah dan satu-satunya yang mudah dari Kuala Lumpur. Masa yang diambil hanya satu jam dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Padang. Kami tiba di Padang (untuk sampai ke Bukittinggi, boleh turun di Padang atau Pekan Baru) dan perjalanan hampir 2 jam untuk sampai ke Bukittinggi. Tiket paling murah pernah kami beli adalah RM70, paling mahal boleh sampai ke RM300. Jadi kena plan awal-awal.

Pemandangan yang paling menarik sampai sahaja di sana adalah sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut secara berasingan. Buat pengetahuan semua, Indonesia mempunyai fahaman yang agak berbeza apabila menentukan tarikh-tarikh penting sebegini. Disebabkan tempat yang dituju itu belum menyambutnya, maka kami dikategorikan belum raya la...

Kalau ke Bukittinggi, banyak hotel yang murah dan berpatutan disini, harga serendah RM70 utk berdua semalam. Bukittinggi ni tak besar, rasanya kalau buat pusingan dalam 1 jam dah setel. Tetapi yang menariknya, cuacanya yang dingin biarpun di siang hari. Kami ikutkan dah hampir 3 kali ke Bukittinggi kerana ada beberapa aktiviti kemasyarakatan yang kami jalankan di sana. Untuk Jelajah Qurban kali ini kami menginap di Hotel Minang International (antara hotel terawal di sana, dan dikatakan Presiden Indonesia yang pertama juga pernah menginap di sini). Bukan itu sahaja, yang paling best kami dibenarkan masak di dapur hotel. Kalau ikutkan mana ada hotel yang bagi kan? Selama kami di sana, kami bebas keluar masuk dapur macam rumah sendiri..hahhaha..itu memang takleh lupa...

Seusai check in, kami dah sibuk-sibuk di dapur untuk penyediaan esok hari untuk dijamu kepada penduduk kampung sekitarnya... Mengalahkan raya kat Malaysia.



Hari Kedua

Tepat jam 2pagi waktu Indonesia, 3pagi waktu Malaysia Ana dah terbangun sebabnya memikirkan banyak benda nak kena buat. Dapurnya satu tapi nak masak 1001 masakan. Camno tu? Dalam banyak2 kenangan dalam preparation kami tu, ada perkara yang tak mungkin boleh kami lupakan. Rasanya "miracle" itu memang wujud sebenarnya. Kami sebenarnya ingin menjamu penduduk Bukittinggi dengan Nasi Lemak, roti canai, murtabak, keropok ikan, rendang dan teh tarik. Dek kerana mereka tak pernah masak nasi lemak dan Ana tak pernah pakai dapur api, nasi untuk 300 orang itu mentah. MasyaAllah.. punya lah rasa sedih namun hati tetap ingin menjamu juga, Ana minta pembantu di sana untuk masak nasi biasa dan alihkan nasi mentah itu ke dalam thermos. Nak buang tak sampai hati. Tapi...tapi...lepas sahaja Ana solat Subuh, Azila terjerit-jerit panggil untuk lihat nasi dalam thermos tu....Cuba bayangkan apa yang terjadi? Nasi lemak yang mentah itu MASAK akhirnya dalam thermos tu sendiri. MasyaAllah, tak tahu nak cakap apa...Apalagi berpelukan la kami kerana gembiranya Allah yang tahu, kerana jauh di sudut hati memang Allah dah tentukan yang penduduk Bukittinggi akan merasai keenakan juadah dari Malaysia...hihihi.. mission accomplished! Thermos Ajaib itu dah jadi lejen kat sana!



Hari Ketiga

Terus terang cakap, inilah kali pertama kami merasai sendiri proses korban dari penyembelihan, pembungkusan dan pengagihan. Untuk kali ini, kami mengorbankan 2 ekor lembu atau sapi yang agak besar. Kalau disini, lembunya agak mahal kerana ianya bukanlah makanan rugi dan agak mahal untuk dimakan hari-hari. Tapi benarlah, di saat kita digalakkan untuk melihat sendiri percikan darah terawal itu seolah-olah gugurlah dosa-dosa kita itu, hati menjadi sangat sayu. Betapa banyak dosa dan lemahnya kita sebagai hambaNya. Moga Allah terima korban dari kita semua. InsyaAllah.

Selepas dibungkus, kami sendiri yang mengagihkan ke kampung-kampung yang telah dikenalpasti oleh Pak Edy. Pak Edy sekeluarga sudah kami anggap sebagai keluarga kerana bukan sahaja sentiasa membantu kami sepanjang di sana tetapi sentiasa menggalakkan kami untuk sentiasa mencari peluang berbuat kebajikan.

Alhamdulillah, lembu selamat dikorbankan dan malam itu Pak Edy dan Ibu Murni menjamu kami dengan sedikit daging korban siang tadi. Sedap dan Enak sekali Pak! Makasih ya!



Hari Keempat

Haaa... Hari ini kami keluar sight seeing. Kalau ikutkan banyak tempat-tempat menarik di sini dan di luar kawasan Bukittinggi. Antaranya :

1. Air Terjun Lembah Anai, Lokasinya berada di pinggir jalan antara Padang dan Bukittinggi. Air terjun ini adalah bagian dari kawasan Cagar Alam Lembah Anai. Cagar alamnya adalah sebuah kawasan hutan lindung dengan hutan tropis dan beraneka ragam jenis flora dan fauna. Alam yang hijau, flora dan faunanya, menjadi sebuah daya tarik tersendiri yang dimiliki Lembah Anai.
Biaanya kami akan singgah disini dulu sebelum nak sampai ke Bukittinggi. Airnya sejuk ya amat!

2. Jam Gadang, Landmark Kota Bukittinggi ini berada di pusat kota. Suasana yang ada di sekitar Jam Gadang ini sangat ramai, terutama pada waktu malam Minggu ketika orang-orang sekitar sedang menghabiskan liburan. Kebanyakkan hotel-hotel berada berdekatan dengan Jam Gadang, yang mana boleh berjalan kaki sahaja.

3. Lobang Jepang, Lobang Jepang ini lokasinya berada di Bukit Sianok Bukittinggi dan pernah menjadi basis pertahanan Jepang pada waktu Perang Dunia II dan ketika Perang Asia Timur Raya pada tahun 1942. Lobang Jepang ini hampir menyerupai seperti gua, merupakan sebuah bunker peninggalan dari jaman penjajahan Jepang di Indonesia. Hotel Minang dan Hotel Gran Malindo ini betul-betul di depan Lobang Jepang.

Dan banyak lagi, kalau nak tahu boleh check this out:

Selain itu kami sempat ke Danau Maninjau, tempat kelahiran ulama dan penulis terkenal, Hamka dan A.Fuadi. Terdapat juga muzium dan rumah kelahiran Hamka di situ. Danau Maninjau adalah sebuah danau di kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, provinsi Sumatera Barat,Indonesia. Danau ini terletak sekitar 140 kilometer sebelah utara Kota Padang, ibukota Sumatera Barat, 36 kilometer dariBukittinggi. Kelok 44, Lembah Harau, Istana Pagaruyung di Batu Sangkar dan pelbagai lagi.

Kalau disini, eloklah kita sewa van dan pemandu yang boleh memuatkan dalam 10 orang yang berharga dalam lingkungan 900,000Rp - 1 juta Rp. lebih kurang RM300, termasuk minyak. Kalau dibahagi 10 orang baru, RM30 seorang kan utk sehari?



Hari Kelima - Hari Keenam

Hari kami ke Gunung Marapi! Haaa..... Tunggu takleh cerita lagi sebab akan panjang tak ingat...Apa-apa pun kami akan sambung ceritanya nanti. InsyaAllah!

Salam Sayang,
Faizal dan Anna

1 comment:

matakucing said...

Pasal nasi dlm thermos tu... sebak baca... subhanallah