Monday, February 2, 2009

Selamat Hari Jadi, Kuala Lumpur

Hmm.. agak lama juga kami tak update blog ni. Tahu-tahu aje dah masuk bulan Februari. As we all know, 1 Februari is Federal Territory Day for Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan. Paling special sekali, this year is Kuala Lumpur’s 35th anniversary.

Masjid JamekJalan Tuanku Abdul Rahman
Wow, rasa cukup bangga kerana menjadi sebahagian dari wargakota yang mencari rezeki di Kuala Lumpur, even though we were born in Selangor & Perak. 35 tahun adalah satu jangkamasa yang telah mematangkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya. Ianya masih dianggap muda jika dibandingkan dengan kota-kota seperti New York, London maupun Tokyo. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutamanya infastuktur, sistem pengangkutan, tandas awam dan kebersihan, jika kita mahu Kuala Lumpur menjadi world class city. Tapi yang paling penting sekali attitude juga perlu berubah… Mari wargakota, Kita Sayangi Kuala Lumpur.

*Masih ingat lagu "Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur". Lagu dan klip video (ditayangkan di RTM pada tahun 80an) yang menjadi inspirasi semasa saya di bangku sekolah. Tak sangka boleh jumpa lagu ni di YouTube...click here.

1 comment:

ekinashikin said...

tomeinya gmbr kak anna dgn faizal kat atas tu...eekekekek..