Salam semua, thought of blogging on Singapore, but then most of us dah tau banyak pasal Singapore. So, since we just came back from Brunei last week, masih fresh lagi kenangan tu, so lets get started.
Kali ini percutian kami agak berbeza, bezanya main reason we went to Brunei because of kenduri kahwin. Dengan band member yang seramai tujuh orang kami berlepas ke Bandar Seri Begawan pada pukul 6.50pagi. Kesian pulak tengok anak-anak buah kena bangun seawal 3pagi. Tapi syukur depa tak kisah langsung...Cayalah!
Sampai je di BSB kami disambut oleh tuanrumah, Hj. Yaakub, kami dibawanya terus ke hotel, Times Hotel yang konsepnya lebih kurang macam Times Square kat KL. Atas hotel bawah shopping mall. Tapi di Brunei hotel-hotelnya agak pricey jugak lah...Tapi kami sangat bertuah, segala penginapan, makan minum kami serta "entertainment" kami semuanya di bereskan oleh Hj. Yaakub sekeluarga...Terima kasih banyak-banyak, semoga Allah murahkan rezeki buat Hj sekeluarga...Hotel yang kami menginap tu semalam lebih kurang BD148 (RM300)semalam, including breakfast.
Sementara menunggu majlis kenduri pada malam hari, kami dibawa bersiar-siar sekitar bandar BSB. Bak kata Hj. Yaakub, separuh hari jer dah boleh cover the whole city...Tak besar tapi agak different from our city centre. Dibandingkan kekayaan negara Brunei dan negara kita, patutnya Brunei lebih banyak pembangunan, tapi tak... Bangunannya tidak boleh dibina lebih tinggi dari kubah masjid. Ditambah pulak masjid utamanya, kubah2nya diperbuat dari emas tulen 24karat. Seumur hidup tak payah lap kubah tu agaknya..he..he..
Di Brunei ni, masjid2nya sangat banyak dan besar, yang paling popular ialah Masjid Jame' Asri Hassanal Bolkiah. Sempat jugak menunaikan solat disini. Lain-lain tarikan di sini adalah Perkampungan Air, Seria (Oil Town), Jerudong Park dan Istana Nurul Iman. Sempat juga kami ke Empire Hotel, hotel 6bintang yang dikunjungi oleh ramai orang terkenal seperti Michael Jackson, Mariah Carey, Tina Turner, NSync dan ramai lagi lah...Dulu bukan sembarangan orang boleh masuk hotel ni, sebabnya kerabat diraja Brunei selalu lepak kat sini, tapi sekarang dah open to public tapi still dikunjungi oleh kerabat raja Brunei. Sempat terserempak dengan one of them driving Ferrari...boleh?!
Lagi satu yang menariknya di sini budaya perkahwinan orang Melayu Brunei. Contohnya, kami datang untuk meraikan perkahwinan sebelah lelaki; tetapi pengantin perempuan dan lelaki tidak disatukan dahulu. Maknanya sebelah lelaki dan perempuan mengadakan majlis kenduri sebelah masing-masing dahulu tanpa pasangan. Kemudian selepas sebelah lelaki selesai kenduri maka barulah rombongan pengantin lelaki bertemu sebelah perempuan pada malam yang sama...Nasib baik yang kami pergi ni, antara perempuan dan lelaki tak jauh kalau tak...pukul 2pagi kut baru habis...he..he..
Lagi satu cara duduk di majlis kenduri. Meja makan di tengah-tengah kemudian kerusi di keliling meja dan masing-masing makan tanpa menggunakan meja makan. Meja makan hanya untuk lauk pauk. Jenuh jugak nak makan ayam tuh...
Seronok jugak sekali sekala bercuti dengan menghadiri kenduri kahwin nih. Sekurang-kurangnya dapat jugak mengenali budaya dan adat tempat orang. Keeseokan harinya, hari kedua kami di Brunei, on the way to Seria, we stopped at this restaurant that has this traditional dish, Ambuyat. Kalau tengok je rupa memang rasa susah nak makan tapi bila dah di "demo" boleh lah telan tapi kalau tanya how does it taste? Memang clueless...
Perjalanan ke Kuala Belait iaitu daerah Brunei yang paling hujung itu memakan masa lebih kurang 1jam. Memang kiri kanan di bandar Seria penuh dengan "noding donkey" that what they called. Alat yang mengorek minyak yang tak pernah habis2 tu...Di sini ada sebuah monumen yang dipanggil One Billionth Barrel Monument, bayangkan that One Billionth tu dicapai pada Julai 1991. Kalau dikira hampir 20tahun, ntah berapa billion agaknya sekarang...
Terdapat 4 daerah di Brunei, Muara, Tutong, Kuala Belait dan Temburong yang menempatkan 400,000 rakyat Brunei. Sikit jer...Agaknya kalau kita di Cheras jer dah cover kut... Balik dari Seria kami berehat sebentar di kedai kopi yang paling terkenal di BSB, tapi lupa lak namanya...ala-ala kopitiam kat Malaysia tapi more variety for bread and buns. Terkenal jugak dengan mee koloknya...
Lepas tu kami ke Perkampungan Air untuk boat cruise. Kat sini kalau nak naik kena bargain dulu, biasanya BD5 per person untuk lebih kurang 1/2 jam cruise. Dalam perkampungan air ni macam-macam ada, sekolah, balai polis, bomba, restoran, masjid dan macam2 lah, tapi populasinya dah makin berkurangan. Seronok jugak dapat lihat dari dekat macamana orang duduk di sini.
Selepas makan malam di Jerudong Park Food Court (makan2 di Brunei boleh tahan sedapnya!) kami masuk ke Taman Permainan Jerudong Park, ala-ala Genting tapi smaller scale. Nak masuk dan tengok je, lepak2 tak payah bayar kalau nak naik ride baru bayar, price starts from SB8.Dulu masa baru dibuka ianya percuma tapi lama mana boleh tahan...Nothing is free in this world...actually.
Hampir pukul 12tengah malam kami di sana, anak-anak buah pun dah lembik, kitaorang pun balik ke hotel terus. Esoknya bangun lambat, packed our things, shopping sikit kat mall kat bawah, after lunch kat Gadong kami ke airport. Walaupun sekejap tapi informasi pasal Brunei memang banyak yang kami baru tahu, maklumlah orang yang bawa kami jalan2 tu orang tempatan Brunei. Macam-macam cerita la keluar dari orang biasa ke kerabat diraja, semuanya diceritakan...Pasal Azrinaz pun ada..he..he..tak boleh cerita kat blog nanti sensasi jadinya.
Kalau sesiapa nak berkunjung ke Brunei, eloklah duduk di kawasan city centre sebabnya public transport is not popular here...eventhough they have buses and taxis. Cubalah ke sini, lain tapi tak kurang menariknya...
4 comments:
Wah bestnya, tak sangka Brunei juga menarik untuk dilawati.. Teringin juga ke sana satu hari nanti.
nampak cam best jugak eh
Betul Mie & Deaf, flora dan faunanya yg masih tidak terusik. It's a beautiful country to explore...
wah...enak2 berjalan ye...anayway blog nie bnyk info bg orang mcm aku. coz cita2 aku mmg nk menjelajah dunia. tp lom ada kesempatan..dah xsabar nk berenti keje nie. xthn kerja ngan orang..hahah..oh.. to bro faizal kite pernah jumpe kat putrajaya..easy rhb..ingat lg ka???
Post a Comment