Nampaknya demam Garage Sale ini masih belum lagi reda. Selepas konsep ini berjaya dalam penganjurannya di Presint 16, Putrajaya, kali ini wabaknya telah menular ke Anggerik Mall Shah Alam pula.
Mungkin ramai yang tertanya mengapa dibuat di Anggerik Mall? Ramai yang menganggap tempat ini seperti sudah mati malah kedudukannya yang terletak hanya dibelakang SACC Mall ini seperti disisihkan oleh pengunjung untuk ke sana.
Hal ini mungkin akan berubah pada 2hb dan 3hb Julai 2011 ini. Mulai dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 ptg selama dua hari, para penggemar barangan lama, collectibles, 2nd hand stuff dan pre-owned dijemput untuk memeriahkan “Garage Sale” yg pertama kali dibuat secara terbuka di Shah Alam ini. Datang dan alamilah sendiri pengalaman ini..
Pada sesiapa yang mengunjungi Pesta Buku Selangor di SACC Mall hujung minggu ini, andai ada kelapangan bolehlah singgah sebentar ke Anggerik Mall kerana lokasinya sangat berdekatan. (10minit berjalan kaki sahaja…).
Tidak lupa juga buat anak-anak muda yang ingin ke “Pekan Frinjan” di Laman Budaya Shah Alam pada 2hb Julai ini, apakata anda “hangout” dulu di Anggerik Mall sebelum event itu bermula pada pukul 5 petang.
Akhir kata, Happy hunting and see you guys there!
2 comments:
uncut queen..
hmmmnnnnnnn
best giler koleksi stall korang
Thank you deaf, mostly pre-owned stuff. Actually ade lagi collectibles mag dlm simpanan...if berminat blh ler roger2 me...hehehe!
Post a Comment