Monday, February 6, 2012

Omong-omong kosong

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul,

Faizal & Anna @ HRC Penang
Apa khabar semua? Terasa lama kami tak bercerita, kebetulan hari ni kita semua diberikan kesempatan cuti yang agak panjang, apakata kita luangkan masa bersama keluarga, rakan2 mahupun jiran tetangga,kerana salah satu sunnah beliau,adalah" Memuliakan jiran tetangga". Kadang- kadang bila terdengar ada diantara kita yang tak pernah kenal pun jiran sebelah rumah. Alangkah ruginya; apakata mulakan dengan senyuman. Takkan ada yang luak pun walau sedikit malah kita perolehi pahala kerna senyuman itu merupakan sedekah.

Anyway, How are you guys getting on so far? Actually sejak kebelakangan ni kami perasan one thing, there are many readers looking for info on Sydney and Bandung. As for us, I'm glad people are reading our blog as reference. Thank you so much and we hope it helps you guys on planning.

As for this year, we haven't started our travel plan yet. Tapi bila dah nak masuk bulan february ni, mulalah cari-cari destinasi yang menarik plus budget yang sesuai. Sejak Faizal serius dengan bisnes kat AmcorpMall tu, kitaorang dah start travel dan hunting for barang-barang niaga sekali. Kalau ikutkan kami, nak jer every month travel tapi almaklumlah...cuti dan budget main peranan yang sangat penting. Rasa-rasa kalau pencen cepat boleh tak?

Sebenarnya, lepas raya tahun lepas, kami berdua sempat ke Jakarta sekali lagi dan yang paling best kami dapat naik Garuda Airlines yang jauh lagi murah dari AirAsia dan Lionair. Pergh, happy giler sebab dah lama tak naik non frill airline. masa tu cuak jugak lepas kita kalahkan Indonesia masa Sukan SEA. Ternyata, orang Indonesia masih bersikap terbuka tak pulak nak kutuk kita...Kadang-kadang media yang suka lebih-lebih. Tapi penutup tahun lepas yang paling best,sebabnya kami sempat bercuti sekeluarga. Harap2 tahun ni dapatlah kami kesempatan itu lagi, InsyaAllah...

The Family @ HRC PenangAnna @ HRC PenangFaizal & Anna @ HRC PenangBeatles 5th members?Faizal & Anna @ HRC Penang
Untuk pembukaan kami tahun ini, mulai esok kami akan ber"road trip" ke Singapore, Johor dan Melaka. Untuk mengetahui cerita kami yang agak lain sikit ni, stay tuned lepas kami balik nanti.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Omong-omong lagi, kamu semua udah nonton 'Hafalan Shalat Delisa' yang kat AstroFirst tu? Nonton ye, kerana ceritanya tentang hidup yang kita ada itu tak lama, jadinya kita harus semua mencintai, menyayangi siapa dan apa yang kita miliki sekarang kerna Allah jadikan hati kita besar untuk menerima ramai orang dalam hidup kita.

Salam sayang Dari kami...

3 comments:

matakucing said...

oh happy travel 2012 he5..by the way..lupa nak tanya sabtu lepas dvd @ buku "Hafalan Shalat Delisa" tu ade tak?..

Sherine Dessy said...

Salam Anna & Faizal. Have been following your wonderful blog for the past 1 year ago. Having said that your blog served as my point of reference too. Keep it up as I enjoyed your blog so much!!!

Ur avid reader!

mdnasiridris said...

salam. seronok baca travelog saudara. saya dah banyak menjelajah negara asing terutamanya timur tengah sewaktu belajar di Madinah, Arab Saudi dahulu tapi nak tulis travelog sangat berat rasanya.

alhamdulillah, bulan November 2011 tahun lepas, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja kerana cita2 untuk melawat bekas2 peninggalan wilayah Islam ini telah tersemat sejak remaja lagi setelah membaca tamadun Islam di Andalusia, tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia., setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam (4 kali berhenti). Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM seorang termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL.
Asalnya nak jelajah bersama seorang kawan tp last minit kawan tu ada hal dan saya ambil keputusan untuk jelajah secara solo kerana sewaktu remaja dulu saya pernah pergi bangkok, singapore dan lain2 negara secara solo tetapi isteri nak ikut sama. Oleh itu kami berdua menjelajah secara backpacking dalam usia saya separuh abad. Memang sukar nak berkomunikasi dengan masyarakat di negara2 yg kami lawati kerana mereka tak boleh berbahasa inggeris tetapi ALLAH Maha Penyayang kerana sepanjang kembara ketika mengalami kesukaran alhamdulillah kami bertemu dengan orang2 Arab dan saya boleh berbahasa Arab.

Banyak pengalaman yang kami perolihi sepanjang kembara ini. Hajat hati nak tulis travelog tetapi memerlukan masa.
Kami naik tram dari airport Rome ke Roma Termini. Memang susah nak cari hotel di Rome yang telah pun di tempah awal di booking com. Itu pun setelah tanya mat bangla yg kerja di cybercafe. Dia cari dalam google dan setelah itu kebetulan kawannya nak pergi hampir dengan hotel itu. alhamdulillah , akhirnya jumpa setelah 2 jam berpusing2 sebelum jumpa mat Bangla tadi. semoga ALLAH beri ganjaran kepadanya. Aamin. Hari ke 3 kami sewa hotel depan stesyen Roma Termini.

Ketika di venice jumpa dengan mat bangla yang pernah kerja di Malaysia. Saya tanya dia arah nak gi masjid. Katanya kena naik bas ke Islamic Centre ikut jalan darat. Hentian bas letaknya atas dari stesyen keretapi. Kami juga menjelajah ke Pisa, Firenza, Venezia dengan tren kerana setelah tanya orang tiada bas ke tempat2 tersebut. Kami juga nak pergi ke Milan dan seterusnya ke Switzland tapi tak ada kesempatan takut tak sempat ke Andalusia yang merupakan tempat utama kembara kami.

Insha ALLAH, tahun ini atau tahun depan saya nak melawat negara yang lain pula seperti london, netherland, switzland, Portugal, Brussels, Hungary dan lain-lain. Juga ingin melawat laluan sutera untuk melihat wilayah autonomi umat Islam China yang satu ketika dulu sebelum komunis China menaklukinya bernama Turkistan Timur. Saya pernah ke Beijing tahun 2004 dan tinggal di rumah sepupu saya yg mengajar Bahasa Melayu di Beijing Foreign Universiti. Sebaik tiba di Beijing saya terus talipon airlines untuk ke Xinjiang tetapi hrg flight 2400yuan dan bila saya tanya keretapi saya diberitahu perjalanan 48 jam. Olih kerana cuti terhad saya berazam utk pergi lain kali shj.

Namun begitu rasanya tahun ini tak dapat kembara jauh2 kerana saya dah umrah 3 kali.kali terakhir 10 malam terakhir Ramadhan dan pulang 2 syawwal , juga secara backpacking dengan seorang kawan yang tak jadi ikut saya ke Eropah tahun lepas. Rasanya tahun ni yang ada baki 3 bulan lagi cukuplah ke Indonesia, sabah, Serawak dan Brunei sahaja. Semoga ALLAH memudahkan dan memakbulkan hasrat saya ini.